Thursday, November 18, 2010

SPECIAL MAKE UP, SPECIAL EFFECTS MAKE-UP and NORMAL MAKE-UP


What is Special Make Up and Special Effects and how does it differ from normal make up?


SPECIAL MAKE-UP
  • ·         Special make-up merupakan make-up yang berbeza dengan make-up biasa.
  • ·         Special make-up akan memberi kesan yang lebih dramatik dalam penghasilan make-up nya. Ia selalunya digunakan dalam majlis atau upacara yang tertentu parti Halloween, di red carpet, dan photoshoot dengan tema yang bersesuaian.
  • ·         Jika dilihat dalam salah satu malam anugerah yang berprestij, pihak penganjur telah menentukan tema futuristic. Selain pemakaian yang mengikut tema, para jemputan dan hadirin yang datang tidak ketinggalan mengenakan make-up futuristic dan juga termasuk dandanan rambut.  Make-up futuristic biasanya banyak menggunakan tema warna silver.
  • ·         Contoh bagi special make-up adalah fantasy make-up, character make-up, animal make-up, dan reverse gender make-up. Ia juga termasuk make-up yang dibuat di bahagian lain di badan selain di muka seperti tattoo dan juga lukisan di badan atau body painting.

 
-ini merupakan contoh bagi special make-up-


SPECIAL EFFECT MAKE-UP
  • ·         Special Effect Make-Up  merupakan make-up yang memberi  kesan khas terhadap sesuatu kejadian dalam sesebuah babak. Ia tidak sama dengan normal make-up untuk kelihatan menarik. Make-upnya lebih extreme dan tidak terhad.  
  • ·         Special effects make-up termasuklah juga kesan lebam, kesan tembakan, melecur, luka, patah tangan serta adegan yang disebabkan oleh kemalangan yang parah.
  • ·         Ia juga tidak terhad kepada make-up yang menggunakan darah sahaja malah horror make-up juga merupakan salah satu contoh yang berada di bawah special effects make-up.
  • ·         Contoh yang biasa dibuat adalah make-up hantu, vampire dan berunsur seram.
  • ·         Special effects make-up biasanya digunakan dalam filem, drama dan juga teater yang bertemakan seram dan kisah fantasi. Sebagai contoh filem yang menggunakan special effect make-up adalah filem Jangan Pandang Belakang dan juga Star Wars.
  • ·         Dalam filem luar negara biasanya mereka menggunakan special effects make-up dan menggabungkannya dengan teknologi kesan khas.
  • ·         Filem Barat lebih maju dalam penggunaan special effects make-up di mana teknologi terbaru yang digunakan adalah teknik air brush.
  • ·         Di Malaysia penggunaan air brush masih minimum kerana ia memerlukan kos yang tinggi.
  • ·         Ella Sandera merupakan make-up artis yang terkenal dalam special effects make-up di Malaysia. Salah satu hasil kerja beliau yang terkenal adalah hasil special effects  make-up dalam filem seram, Jangan Pandang Belakang.
  • ·         Filem lain di Malaysia yang menggunakan special effects make-up adalah Hingga Hujung Nyawa di mana watak utamanya dimekapkan menjadi gemuk serta Cinta Kolesterol dijadikan pelakon itu gemuk. Filem itu meggunakan khidmat jurusolek dari Sweden.
  • ·         Bahan utama yang diperlukan dalam membuat special effects make-up adalah latex. 








NORMAL MAKE-UP
  • ·         Normal make-up merupakan solekan biasa yang perlu kelihatan cantik.
  • ·         Ia biasanya hanya melibatkan bahagian muka. Ia bukan sahaja untuk wanita malah termasuk juga lelaki.
  • ·         Corrective make-up dan straight make-up merupakan contoh bagi normal make-up.
  • ·         Straight make-up merupakan make-up harian biasa seperti mahu ke pejabat dan ke shopping complex.
  • ·         Corrective make-up merupakan make-up yang menjadikan pemakainya lebih cantik.
  • ·         Ia termasuk dengan membuat shading dan highlight dan juga pemakaian eye shadow yang bersesuaian dan lebih menarik.
  • ·         Biasanya normal make-up  digunakan dalam harian, majlis korporat, malam anugerah, dan majlis rasmi, pengantin, photoshoot dan banyak lagi.
  • ·         Make-up ini tidak memberi karektor yang berbeza kepada pemakainya.
  • ·         Ia lebih mudah dikenakan berbanding special effect make-up kerana ia tidak memerlukan tema.
  • ·         Hanya yang membezakan adalah pemakaian pada sebelah siang dan malam.
  • ·         Make-up pada siang hari perlu lebih minimum berbanding pada malam hari.
 







BEZA NORMAL MAKE-UP
            Normal make-up tidak memerlukan hasil yang melebih-lebih berbanding special make-up dan special effects make-up. Normal make-up tidak memberi kesan yang dramatic dalam pengahasilannya. Make-upnya adalah lebih realistic. Normal make-up hanya melibatkan bahagian wajah manakala special effect dan special make-up melibatkan seluruh tubuh badan. Normal make-up tidak memerlukan kos yang tinggi berbanding membuat special effects make-up.

 

No comments:

Post a Comment