salah satu filem seram Melayu klasik yang menggunakan special effects make up adalah filem Sumpah Pontianak pada tahun 1958. genre seram bukanlah genre baru dalam budaya perfileman di negara ini. walaupun pada zaman ini penggunaan effects make-up seperti latex belum diperluaskan di Tanah Melayu, tetapi penggiat filem pada zaman itu mempunyai kreativiti yang tinggi. pelbagai cara yang digunakan untuk meyakinkan dan mendapatkan perwatakan seram yang ditonjolkan dalam filem tersebut.
ia berbeza dengan filem seram pada masa kini yang menggunkan pelbagai cara yang lebih mudah seperti filem Jangan Pandang Belakang. jurusoleknya, Ella Sandera menggunakan bahan dan alatan yang lebih fokus dan sesuai dengan special effects make-up. peningkatan dalam teknologi special effects make-up pada masa kini memberikan jurusolek lebih pilihan dan hasil yang pelbagai.
melalui filem Melayu klasik ini, biasanya mereka akan menggunakan bahan yang sedia ada di sekeliling mereka untuk dijadikan alat make-up. sebagai contoh mereka akan gunakan sos dan sirap untuk membuat darah, tepung, tisu, gam dan lain-lain.
filem seram kini biasanya menggunkan bahan yang dikhaskan untuk special effects make-up. contoh alatan make up yang digunakan adalah dari jenama Kryolan.
-contoh special effects make-up dalam filem Sumpah Pontianak-
-contoh special effects make-up dalam filem Jangan Pandang Belakang-
pada tahun 1958, filem pada zaman tersebut masih berwarna hitam putih. disebabkan itu, para pengkarya pada zaman tersebut akan menggunakan bahan sesuai yang ada di sekeliling mereka untuk mencipta watak yang memerlukan special effects make-up. perkara yang lebih penting adalah make-up tersebut make believe dengan perwatakan yang dicipta.
ia berbeza dengan filem seram pada masa kini di mana ia perlu lebih realistik dan dibuat dengan teliti. hal ini kerana penonton kini tidak suka perkara yang tidak masuk akal. walaupun sesuatu perkara itu dilihat mustahil tetapi apabila divisualkan dengan lebih realistik membuatkan penonton lebih percaya dan akan terus menikmati cerita tersebut.










No comments:
Post a Comment