Thursday, November 18, 2010

SPECIAL MAKE-UP - ANIMAL


What is the process of preparing for special make up? Give one example of special make up and explain step by step how the make up is done.

 ANIMAL MAKE-UP
  1. buat kajian terhadap binatang yang mahu di buat. cari contoh dan hasil make-up yang berbeza dan pernah dibuat dan bandingkan. kajian tersebut sangat penting untuk menghasilkan hasil yang make believe dengan watak binatang tersebut.
  2. gunakan water based face paints atau aqua colour dari Kryolan. uji pada pergelangan tangan terlebih dahulu untuk mengelakkan iritasi. 
  3. pastikan kulit muka bersih dan kering. lindungi baju dengan kain supaya tidak terkena cat muka dan kemaskan rambut supaya tidak tergganggu ketika sedang mengecat.
  4. pilih kawasan yang terang supaya lebih jelas dengan warna dan riasan yang dibuat.

 MEWARNA
  1. mulakan dengan base coat yang mewakili warna asas binatang yang dipilih. 
  2. gunakan span yang basah dan ratakan. tunggu sehingga kering. 
  3. jika memerlukan bentuk yang lebih kemas dan terperinci gunakan eyeliner untuk melukis bentuk yang diinginkan. 
  4. pegang berus dengan betul dan selesa, sama seperti memegang pensil supaya berus dapat dikawal dengan baik. 
  5. basahkan berus secara menyeluruh dan pilih warna yang sesuai.
  6. warnakan mengikut kesesuaian watak binatang yang dipilih.
  7. jika terdapat kesalahan gunakan kapas untuk memadamnya. 
BAHAGIAN MATA
  1. buat bulatan yang besar sesuai dengan saiz muka dan mata dan tajamkan alisnya. 
  2. cat garis dari tulang kening dan bawa ke atas untuk membuat kumis atau misai kucing atau singa.
  3. lingkari mata dengan warna putih dan gariskan dengan warna kelabu, coklat atau merah jambu untuk tikus dan arnab. 
  4. abaikan bentuk mata jika binatang yang dibuat mempunyai belang seperti kuda belang dan harimau belang. 
HIDUNG DAN MULUT
  1. cat hujung hidung dan buat garis dari  bawah hidung ke tengah bibir atas untuk membuat bibir. 
  2. gunakan cat warna yang sama untuk bibir atas anda.
  3. tambah misai binatang dengan berus. 
BENTUK BELANG
  1. buat garisan dari bawah dagu, di pipi dan dahi. mulakan dari bahagian tengah muka sehingga bahagian tepi.
  2. tambahkan garis hitam yang panjang sehingga ke garis rambut untuk kuda belang.
  3. kekalkan belang di kedua-dua bahagian muka. bahagian kiri wajah identical ke sebelah kanan wajah. 
PROSES AKHIR
  1. tambahkan dengan penggunaan rambut palsu, telingan dan ekor. 
  2. cat tangan dengan warna asas binatang yang dipilih supaya lebih realistik.
  3. pakai kostum atau pakaian yang sama warna dengan binatang tersebut. 








    No comments:

    Post a Comment