pada minggu ini kami cuba mengaplikasikan watak- watak yang ada dalam projek kelas teater kanak- kanak kami dan cuba lukiskan pada bahagian lain pada badan selain di muka.
saya telah memilih watak tikus. dalam teater kanak- kanak tidak ada perkara yang logik. setiap watak boleh dikreatifkan dengan pelbagai cara melalui permainan warna.
tikus sering kali dilihat watak yang kotor dan berwarna kelabu dan coklat. dalam filem Barat misalnya mereka banyak menggunkan watak tikus bagi cerita kanak- kanak seperti Struart Little dan Mickey Mouse. walaupun tikus sering disifatkan watak yang kotor, tetapi melalui dua watak ini tikus diberi gambaran yang comel.
saya cuba melukis bentuk tikus di tangan saya. saya membayangkan ia sebesar tetikus komputer ketika sedang melukisnya. semasa proses mewarna, saya menggunkan warna biru sebagai asas dan warna terang yang lain sebagai tambahan corak di dalamnya supaya ia lebih kontra dan menarik perhatian.
No comments:
Post a Comment